[Berkuatkuasa 1hb Jan 2024] Pindaan Peraturan Pelabelan untuk Pengeluar Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia telah meminda Peraturan-Peraturan Makanan yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2024 (tarikh asal ialah 22 Julai 2022).

Pengeluar makanan perlu memberi perhatian kepada pindaan peraturan ini.

Berikut adalah beberapa peraturan pelabelan umum baharu berkenaan dengan pencetakan label pada bungkusan.


Peraturan 11: Butiran dalam Pelabelan

Peraturan 11 berkaitan dengan butiran dalam pelabelan di mana setiap makanan berbungkus yang ingin dijual harus mempunyai butiran ini.

Penamaan yang Sesuai

Peraturan lama menyebut anda hanya perlu menyatakan perihal makanan dengan nama umum bahan utamanya.

Pindaan peraturan baharu menambah bahawa jika tiada nama umum untuk bahan utamanya, anda harus memaparkan istilah deskriptif yang sesuai tentang makanan yang tidak mengelirukan pengguna.

kinder-bueno-nama-produk

Sifat Makanan

Selain itu, ianya juga penting untuk menyatakan sifat sebenar dan keadaan fizikal produk makanan anda.

Contoh bentuk makanan adalah serbuk, kordial, pes, keropok, dan lain-lain.

QUID

QUID, atau Quantitative Ingredient Declaration, merujuk kepada peratusan berat/isipadu bahan yang dinyatakan.

Anda mesti nyatakan QUID sesuatu bahan jika:

  • bahan tersebut diberi penekanan dalam perkataan, gambar atau grafik.
  • bahan tersebut tidak terdapat dalam nama produk tetapi penting untuk mencirikan makanan tersebut.

Sebaliknya, QUID tidak diperlukan jika:

  • terdapat tuntutan khasiat (nutrition claim) beserta jumlahnya dalam panel maklumat pemakanan.
    pernyataan berat bersih diperlukan oleh Peraturan.
    bahan tersebut digunakan dalam kuantiti yang sedikit sebagai perisa sahaja.

Penomboran INS

Kebanyakan pengeluar makanan pastinya akan menggunakan aditif tertentu untuk menghasilkan produk makanan mereka.

Berdasarkan pindaan peraturan baharu, anda perlu mengisytiharkan kelas fungsi aditif dengan nombor INS atau nama kimianya.

bahan-pindaan-peraturan-makanan

Negara Asal

Bersama-sama dengan nama dan alamat syarikat, jika produk tersebut dibuat di negara lain selain Malaysia, anda perlu menyatakan negara asal produk.

negara-asal-pindaan-peraturan-makanan

Panel Maklumat Pemakanan (NIP)

Pengeluar makanan menyedari keperluan NIP untuk hampir semua produk makanan.

Kini, Peraturan mewajibkan setiap panel fakta pemakanan mempunyai nutrien tambahan iaitu natrium dan jumlah gula.

Selain itu, terdapat juga kategori makanan yang baru ditambah termasuk krimer manis, lemak/minyak boleh dimakan, sup, stok sup, dan banyak lagi.


Lindungi Produk Anda dengan Peraturan-Peraturan Makanan yang Terkini

Pengeluar makanan perlu peka dan mengambil tindakan segera untuk melindungi produk makanan mereka.

Ini hanyalah sebahagian daripada pindaan peraturan-peraturan makanan yang mungkin menjejaskan maklumat label semasa produk anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk mengemas kini pembungkusan dan pelabelan makanan, kami sedia membantu dengan servis pelabelan dan reka bentuk pembungkusan yang mematuhi peraturan-peraturan makanan terkini.

Ingin bekerjasama dengan kami? Hubungi kami untuk maklumat lanjut!


    how-to-get-nutrition-facts-for-my-product-in-malaysia

    Looking for a solution to grow your food business?

    Let's talk!


    DISCLAIMER

    This article is for informational and educational purposes only and does not constitute legal or professional advice. Although we strive to provide accurate general information, the information presented here is not a substitute for any kind of professional advice, and you should not rely solely on this information. Please opt for a one-to-one consultation with us or a relevant professional for your specific concerns regarding food business solutions in Malaysia before making any decisions.

    Reviews from Our Clients