header-pelabelan-dan-pembungkusan-makanan-di-malaysia

Pelabelan dan pembungkusan makanan adalah sangat penting kalau anda bercadang untuk menjual produk makanan anda di Malaysia.

Sekarang, ramai pengguna sudah semakin bijak dalam membuat pembelian. Mereka akan merujuk kepada label makanan untuk memastikan mereka membuat pilihan yang tepat.

Sebagai pengeluar produk makanan, adakah anda tahu dengan mendalam tentang peraturan pelabelan makanan di Malaysia?

Tak tahu? Jangan risau. Anda boleh merujuk kepada Peraturan-peraturan Makanan 1985 tentang segala peraturan mengenai pelabelan dan pembungkusan makanan.

Langkah seterusnya adalah untuk menilai label produk makanan anda. Adakah ia menepati peraturan seperti yang ditetapkan? Jika tidak, anda mungkin tak boleh pasarkan produk makanan anda di Malaysia.

Ada sebab mengapa anda wajib mematuhi Peraturan-peraturan Makanan 1985. Jom tengok sebab-sebab di bawah.


Kehendak Pelabelan Makanan di Malaysia

Untuk membantu anda, kami akan jelaskan serba sedikit tentang apa yang anda perlu tahu mengenai pelabelan makanan di Malaysia supaya anda dapat memasarkan produk makanan anda dengan cara yang betul dan sah.

pelabelan-dan-pembungkusan-makanan-di-malaysia

Illustrasi

Kalau anda bercadang untuk meletakkan gambar pada pembungkusan anda, gambar tersebut mestilah tak bercanggah dengan produk anda demi mengelakkan kekeliruan.

Sebagai contoh, kalau anda menjual sos cili, anda boleh memaparkan bahan-bahannya seperti cili, garam dan lada dan/atau gambar cadangan hidangan.

Namun begitu, jika gambar itu menunjukkan jenis makanan lain, anda harus meletakkan perkataan “Cadangan Hidangan / Resepi” supaya pengguna tak keliru.

Bukan itu sahaja, perkataan dan ayat yang digunakan seiring dengan gambar juga ada peraturan tersendiri.

Logo pada Pelabelan Makanan

Adakah produk anda mempunyai pensijilan Halal, Mesti, HACCP dan lain-lain? Jika ada, anda boleh memaparkan logo-logo tersebut pada pembungkusan produk anda.

Rugi kalau anda tak tayang logo-logo ini setelah anda bertungkus lumus memohon. Logo-logo tersebut membuktikan yang produk makanan anda adalah lebih berkualiti daripada produk makanan yang lain.

Pengguna yang bijak akan memastikan mereka membeli produk yang mempunyai pensijilan ini, jadi anda haruslah menjadi bijak juga dengan meletakkan logo-logo ini pada pembungkusan anda.

Walau bagaimanapun, anda tak boleh memaparkannya secara suka hati. Terdapat peraturan yang khusus dalam Peraturan-peraturan Makanan 1985 bagaimana anda boleh memaparkan logo-logo ini dari segi saiz dan warna contohnya.

Produk

Kalau suatu produk makanan anda digemari ramai pengguna, mereka akan beranggapan keseluruhan rangkaian produk anda adalah sama bagus dengan apa yang mereka dah cuba.

Tapi bagaimana mereka nak tahu produk mana kepunyaan anda kalau anda tak letak brand anda pada pembungkusan?

Cuba bayangkan anda menjual kek bulan yang teramat sedap tapi anda hanya menggunakan bungkusan plastik lutsinar tanpa logo anda dan sebagainya.

Jadi, bila pengguna nak beli produk anda, mereka takkan dapat bezakan mana satu produk anda dengan pesaing-pesaing yang lain. Akibatnya, anda hilang jualan yang berpotensi jadi pelanggan tetap anda.

Oleh itu, sentiasa ingat untuk memaparkan brand anda diikuti oleh nama produk anda supaya pengguna dapat mengingat produk itu.

Walau bagaimana, anda kena ingat bahawa penggunaan perkataan-perkataan seperti “berkhasiat”, “tonik”, “kesihatan” dan sebagainya adalah salah di sisi undang-undang jika produk anda gagal memenuhi syarat-syarat yang diperlukan terlebih dahulu.

pelabelan-dan-pembungkusan-makanan-di-malaysia-02

Kuantiti Makanan

Anda juga hendaklah meletakkan jumlah kuantiti produk makanan anda pada label pembungkusan anda. Anda boleh pilih sama ada untuk letak berat bersih, isipadu atau bilangan kandungan mengikut jenis produk anda.

Selalunya, produk yang sama mempunyai isipadu yang sama seperti produk dalam tin dan produk sejuk beku.

Pelabelan kuantiti makanan membantu pengguna memilih produk dengan kuantiti yang mereka perlu sahaja.

Untuk makanan dalam bentuk cecair, anda harus meletakkan berat bersih dan juga berat setelah dikeringkan.

Kandungan pada Pelabelan Makanan

Kandungan pada pelabelan makanan juga adalah wajib. Ia mungkin kelihatan mudah untuk menyenaraikan semua bahan-bahan yang digunakan dalam proses pembuatan makanan tersebut tetapi ramai pengeluar makanan membuat kesilapan.

Kandungan mestilah dinyatakan dengan JELAS dan menggunakan nama sebutan sebenar dengan saiz font dan jenis text yang dibenarkan.

Produk yang mempunyai daging lembu, daging babi, lemak babi atau alkohol hendaklah dinyatakan (eg. MENGANDUNGI BABI).

Selain tu, produk yang mempunyai alergen juga perlulah dinyatakan dalam senarai kandungan untuk memberitahu pengguna bahawa produk itu boleh menyebabkan alahan dan hipersensitiviti.

pelabelan-dan-pembungkusan-makanan-di-malaysia-03

Label Maklumat Pemakanan

Komponen penting seterusnya adalah label maklumat pemakanan. Tak ramai yang tahu tentang ini tapi tak semua produk makanan perlu mempunyai maklumat pemakanan.

Ini termasuk tetapi tak terhad kepada roti, daging berkaling, bijirin, buah berkaling dan minuman ringan.

Selain itu, pengeluar makanan mestilah ambil tahu tentang jenis-jenis tuntuan yang dibenarkan untuk diletakkan pada pembungkusan makanan.

Tuntutan seperti “bebas dari” “tinggi” atau “rendah” perlu mematuhi peraturan yang dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Hubungi kami untuk tahu bagaimana nak dapatkan maklumat pemakanan untuk produk anda di Malaysia.

Pengeluar / Pengimport

Adakah produk makanan anda dibuat dan dikilangkan di Malaysia ataupun diimport? Jika produk anda adalah buatan Malaysia, anda mestilah nyatakan nama dan alamat pengeluar/pengilang/pemilik hak pembuatan.

Untuk produk yang diimport, lebih banyak maklumat yang diperlukan.

Nama dan alamat pengeluar/pengilang/pemilik hak pembuatan perlukan diletakkan sekali dengan nama dan alamat pengimport tempatan dan negara asal produk itu.

Tarikh Luput

Tarikh luput adalah wajib untuk dinyatakan pada pembungkusan makanan anda. Jangan sesekali ambil mudah tentang ini kerana ia boleh membahayakan kesihatan pengguna. Kalau apa-apa berlaku kepada pengguna, ia dapat memberi impak yang buruk kepada brand anda.

Jadi, nyatakan tarikh luput dengan JELAS dalam format hari, bulan dan tahun.

Kod Bar

Kalau anda menjual atau berniat untuk menjual produk makanan anda di dalam pasar raya mahupun kedai runcit, kod bar pada pembungkusan adalah satu kemestian.

Terutamanya kalau anda mengeluarkan produk anda secara besar-besaran, dah tentu produk itu memerlukan kod bar tersendiri supaya dapat mudahkan proses daftar keluar dan inventori.

Menjana label kod bar tak susah. Produk online pun boleh ada kod bar tersendiri. Namun begitu, label kod bar perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan dari segi saiz dan margin.

Deskripsi pada Pelabelan Makanan

Walaupun deskripsi makanan tak wajib, pengguna akan hargai kalau anda letak sedikit pengenalan tentang produk anda.

Anda boleh masukkan maklumat tentang syarikat anda ataupun fakta-fakta menarik mengenai produk anda.

Namun begitu, deskripsi anda mestilah mematuhi Peraturan-peraturan Makanan 1985 supaya tak mengelirukan pengguna.

Arahan

Akhir sekali adalah arahan penggunaan dan penyimpanan. Kalau produk makanan anda mempunyai maklumat tambahan yang mesti dipatuhi oleh pengguna untuk mengekalkan kualiti, anda boleh letakkan arahan tersebut pada pembungkusan makanan anda.

Ini termasuklah arahan penyimpanan seperti cara penyimpanan makanan sejuk beku, arahan selepas dibuka seperti untuk makanan berkaling dan arahan memasak seperti untuk adunan kek.


Garis Panduan Pelabelan Makanan di Malaysia

Sekarang anda dah tahu tentang segala kehendak pelabelan dan pembungkusan di Malaysia. Jadi, adakah pembungkusan anda mematuhi peraturan seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Makanan 1985?

Tak? Jangan risau. Kami di Foodipedia boleh tolong anda dari segi pelabelan dan pembungkusan supaya anda dapat pasarkan produk anda dengan betul dan sah di Malaysia.

Cadangan bacaan: Packaged Food Solutions to Grow your Business

how-to-get-nutrition-facts-for-my-product-in-malaysia

Looking for a solution to grow your food business?

Let's talk!