Memulakan perniagaan makanan dari rumah adalah salah satu cara yang menjimatkan untuk memulakan perjalanan keusahawanan anda.
Memandangkan orang ramai masih membeli-belah dalam talian, memulakan perniagaan dari keselesaan rumah anda adalah pilihan yang selamat.
Namun, dengan pengalaman yang sedikit, ianya jadi agak sukar untuk melakukan dan mengetahui segala-galanya.
Jom ikut panduan ini untuk membantu anda memulakan perniagaan makanan dari rumah.
Langkau bacaan. Tonton video penuh di sini.
Rancang perniagaan anda
Pertama sekali, anda perlu memutuskan apa yang anda nak jual.
Jika anda masih tak boleh buat keputusan, baca artikel ni: Selling food for profit vs selling food you cook best.
Penyelidikan Pasaran
Adakah produk anda berbaloi untuk dijual?
Dapatkan bantuan daripada rakan-rakan dan keluarga untuk memberi maklum balas yang jujur sebelum anda memutuskan untuk menjual produk itu.
Cadangan Jualan Unik
Produk anda mungkin mempunyai pesaing.
Kaji kelebihan produk mereka dan kenal pasti apa yang membuatkan anda berbeza daripada mereka.
Sasaran Pasaran
The first thing you need to do is to register your business with SSM.
As for licenses and permits, it depends on the type and location of your business which you can easily find using MalaysiaBiz.
MalaysiaBiz membantu anda mencari lesen yang diperlukan untuk perniagaan anda. Ini termasuk lesen, pendaftaran, permit, dan kelulusan.
Logo Pensijilan untuk Perniagaan Makanan Dari Rumah
Bolehkah perniagaan makanan berasaskan rumah mendapatkan logo Halal, HACCP, GMP, dan Mesti?
Malangnya, tidak.
Ini kerana pensijilan ini memerlukan kemudahan pengeluaran atau kilang yang dikhaskan secara eksklusif untuk produk anda.
Walau bagaimanapun, KKM mempunyai panduan berguna untuk pengusaha makanan sediaan dari rumah bagi mengamalkan pengendalian makanan yang selamat.
Baca lebih lanjut di sini.
Kecuali anda sudah mempunyai sumber bekalan yang stabil, perniagaan kecil cenderung menghadapi cabaran dalam mencari sumber.
Sebagai perniagaan makanan dari rumah, pilihan terbaik anda adalah mencari pembekal tempatan yang anda percayai yang boleh membekalkan bahan yang berkualiti dan berpatutan secara konsisten.
Apabila perniagaan anda sudah menghasilkan untung, anda boleh bekerjasama dengan pembekal yang lebih terkenal dengan harga yang kompetitif dan boleh anda bergantung.
Bagaimana saya boleh menjual produk saya?
Jika anda menjual makanan siap saji, anda boleh mengupah penghantar dari Lalamove, GoGet, atau pickupp.
Anda juga boleh bekerjasama dengan platform penghantaran makanan seperti Foodpanda, GrabFood, dan ShopeeFood.
Untuk makanan seperti biskut, makanan beku, snek, dan makanan yang dibungkus, gunakan platform eCommerce seperti Shopee dan Lazada.
Jika anda berminat, anda juga boleh mempromosikan perniagaan F&B anda di pasaran dalam talian kami di sini.
Pelabelan makanan dalam bungkusan yang mematuhi peraturan
Setelah mempelajari maklumat baru ini, adakah anda bersedia untuk memulakan perniagaan makanan dari rumah anda?
Jom mulakan projek bersama! Kami boleh membantu anda dengan:
- Pelabelan dan pembungkusan
Kandungan label pemakanan yang mematuhi peraturan
Semakan dan nasihat kandungan label
Ujian makmal fakta pemakanan
Penjenamaan
Produk pemasaran
Pemasaran digital
dan BANYAK LAGI!
Berminat untuk bekerja bersama? Kami juga!
Isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda tidak lama lagi.
DISCLAIMER
This article is for informational and educational purposes only and does not constitute legal or professional advice. Although we strive to provide accurate general information, the information presented here is not a substitute for any kind of professional advice, and you should not rely solely on this information. Please opt for a one-to-one consultation with us or a relevant professional for your specific concerns regarding food business solutions in Malaysia before making any decisions.