tips-berkesan-untuk-jual-produk-sejuk-beku-online

Jual Produk Sejuk Beku Online

Online adalah platform yang terbaik untuk menjual produk sejuk beku online.

Pandemik telah mengubah cara berniaga untuk semua perniagaan di Malaysia.

Dengan lockdown serta-merta dan perintah pergerakan, ramai yang mencari makanan laut sejuk beku dalam talian.

Jika anda menjual makanan laut sejuk beku, pembuat makanan laut sejuk beku, pemilik kedai makanan laut sejuk beku runcit atau peniaga lain yang berkaitan, ini tips yang anda kena tahu.

Kini, anda boleh menjual seafood sejuk beku online di Malaysia tidak kira jarak penghantaran dan memastikan kesegaran makanan laut terjaga sepenuhnya.

Bekerjasa dengan nelayan

Pertama sekali, anda perlu mencari nelayan yang dipercayai untuk mendapatkan stok makanan laut segar dari laut. Ianya lebih baik jika anda boleh jalankan perniagaan dengan nelayan yang menangkap pelbagai jenis makanan laut yang anda inginkan.

Jadi, perkara utama di sini adalah untuk mengetahui permintaan makanan laut dan mencari nelayan yang boleh memenuhi saiz permintaan anda.

Buat laman web e-Dagang

Platform terbaik untuk menjual makanan laut sejuk beku adalah di website e-dagang anda. Ini kerana anda hanya perlukan satu tempat untuk sebarang jenis transaksi.

Anda juga boleh menggunakan platform dalam talian lain seperti social media untuk melakukan pemasaran digital efektif untuk ke website anda untuk pembelian.

Selain itu, laman e-Dagang adalah pilihan yang lebih baik daripada platform online seperti Lazada dan Shopee kerana terdapat kurang pesaing.

frozen food delivery malaysia

Menjadi partner perkhidmatan penghantaran

Selepas menyediakan shopping cart e-dagang, anda perlu membina kepercayaan pelanggan anda dengan menyediakan COD ke lokasi terpilih dan menawarkan jaminan wang dikembalikan 100%.

Untuk lokasi yang lebih jauh, anda boleh bekerjasama dengan agensi perkhidmatan penghantaran untuk partnership jangka panjang.

Perniagaan anda akan dapat banyak permintaan yang mempunyai kelebihan dan perkhidmatan mewah sedemikian.

Mengekalkan kesegaran makanan laut

Jika anda adalah small business, pilihan terbaik adalah untuk menyimpan makanan laut yang ditutup rapat dalam kotak penyejuk. Tetapi, anda perlu menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum penghantaran.

Jika skala perniagaan anda lebih besar, sewa trak penyejuk atau milikinya sebagai pelaburan bergantung pada jumlah keuntungan yang anda peroleh daripada perniagaan anda.

Pilihan lain ialah bekerjasama dengan penghantar produk sejuk beku untuk menghantar makanan laut beku kepada pelanggan anda.

Pemasaran social media

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda boleh menggunakan media sosial untuk jalankan marketing anda dan mendapat pelanggan dengan mengarahkan mereka ke laman web perniagaan anda.

Social media merupakan salah satu platform terbaik untuk anda memasarkan produk sejuk beku online anda kerana terdapat banyak potensi untuk pelanggan. Tetapi, anda juga perlu mengenalpasti platform media sosial yang terbaik untuk sampai ke pelanggan target anda.

Jalankan Facebook Ads

Facebook Ads adalah penting untuk orang ramai tahu kewujudan perniagaan anda. Tetapi, jangan siarkan iklan tanpa perancangan yang betul.

Sasarkan iklan anda kepada target yang tepat dengan mencipta persona pembeli. Buat analisis dan isikan ciri-ciri dan latar belakang kewangan mereka. Kemudian, anda akan mendapat kumpulan pelanggan yang betul dan berpotensi tinggi.

frozen seafood online Malaysia

Penambahbaikan content marketing

Akhir sekali, kongsikan penyelesaian kepada masalah yang mungkin pengikut anda hadapi. Dengan cara itu anda dapat membina reputasi dan meningkatkan kredibiliti anda dengan pelawat dan pelanggan anda.

Beberapa pemasaran content yang boleh anda cuba adalah:

  • Penulisan blog
    Pemasaran e-mel
    eBook atau resipi yang boleh dimuat turun

Pastikan kualiti makanan laut segar beku anda dengan perancangan yang berkualiti

Walaupun COVID-19, sesiapa sahaja boleh menjalankan perniagaan dalam talian.

Jadi, jika anda masih belum online-kan perniagaan makanan laut beku anda, sekarang adalah masanya! Kami adalah ‘sales team’ anda untuk meningkatkan marketing produk anda dengan strategi digital marketing yang terbaik.

Kami juga boleh design packaging produk dan berikan tips untuk pembungkusan dan pelabelan yang diiktiraf KKM. Hubungi kami sekarang untuk perundingan percuma!

Tips lain dari kami: Bagaimana Mendapatkan Maklumat Pemakanan Produk Anda di Malaysia

    how-to-get-nutrition-facts-for-my-product-in-malaysia

    Looking for a solution to grow your food business?

    Let's talk!


    DISCLAIMER

    This article is for informational and educational purposes only and does not constitute legal or professional advice. Although we strive to provide accurate general information, the information presented here is not a substitute for any kind of professional advice, and you should not rely solely on this information. Please opt for a one-to-one consultation with us or a relevant professional for your specific concerns regarding food business solutions in Malaysia before making any decisions.

    Reviews from Our Clients