
Kalau anda seorang pengusaha makanan yang serius nak naikkan jenama sendiri, anda mesti tahu betapa pentingnya maklumat pemakanan atau nutrition facts pada pembungkusan produk anda.
Selain membantu pelanggan buat pilihan makanan yang lebih sihat, maklumat nutrisi makanan yang tepat juga meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap produk anda.
Sebab itulah, sejak tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah ubah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 supaya pengeluar makanan wajib bagi maklumat yang betul dan telus.
Jadi, kalau anda jual makanan, anda perlu tahu cara buat nutrition fact yang ikut piawaian Malaysia.
Apa Itu Label Maklumat Pemakanan?
Label maklumat pemakanan (juga dikenali sebagai maklumat label makanan) ialah satu jadual pada pembungkusan produk yang menunjukkan kandungan seperti:
- Karbohidrat
- Protein
- Lemak
- Tenaga (kalori)
- Vitamin & mineral (jika ada)
Jadual ni biasanya dikenali sebagai Panel Maklumat Pemakanan (PMP) atau dalam Bahasa Inggeris, Nutrition Information Panel (NIP).
Label ini bukan sekadar info biasa. Ianya fakta nutrisi makanan yang boleh bantu pelanggan buat keputusan yang lebih sihat semasa membeli makanan.
Selain tu, label ni juga biasanya sertakan:
- Cara simpan produk
- Arahan penggunaan
- Tarikh luput
- Kandungan bahan
Nak tahu lebih lanjut pasal pelabelan makanan di Malaysia? Baca artikel kami: Food Packaging and Labeling in Malaysia
Macam Mana Nak Baca Label Pemakanan?
Kadang-kadang bila terlalu banyak pilihan di pasaran, susah juga nak tahu makanan mana yang paling sesuai.
Tapi, sebenarnya tak susah pun kalau anda tahu cara tengok Panel Maklumat Pemakanan.
Contohnya:
- Tengok dulu saiz hidangan (serving size)
- Bandingkan jumlah tenaga dan kandungan nutrien
- Perhatikan nilai per 100g atau per serving
Lepas tahu baca label, anda akan lebih yakin nak beli makanan yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan kesihatan anda.

Langkah-Langkah Nak Dapatkan Maklumat Pemakanan Diiktiraf di Malaysia
Nak tahu cara buat nutrition fact yang betul dan ikut garis panduan KKM? Ikut langkah-langkah ni:
-
Pilih jenis ujian makmal
Anda boleh pilih ujian makmal asas atau ujian yang lebih detail bergantung pada keperluan nutrisi produk anda. Kalau ada nutrien tambahan, akan ada caj tambahan.
-
Lengkapkan borang permohonan & sediakan dokumen
Anda perlu isikan borang yang kami sediakan (Foodipedia akan bantu hantar), serta sediakan SSM dan sampel produk sekurang-kurangnya 200g.
-
Hantar dokumen & sampel
Bila semua dokumen lengkap, hantar pada kami dan tunggu keputusan dalam masa 14 hari bekerja.
-
Terima keputusan ujian melalui e-mel
Anda tak perlu ambil sendiri pun, keputusan akan dihantar terus ke e-mel anda.
-
Gunakan hasil ujian dalam label anda
Bila dah ada data atau lebih dikenali sebagai CoA (certificate of analysis), bolehlah tampal maklumat pemakanan yang sah di pembungkusan anda.
Perlu Ke Produk Saya Ada Label Pemakanan?
Tak semua produk makanan wajib ada Panel Maklumat Pemakanan (PMP), tapi kalau anda buat produk seperti makanan diproses, minuman berkhasiat atau produk untuk bayi dan kanak-kanak, selalunya maklumat label makanan ni WAJIB.
Tapi kalau tak pasti, boleh tanya terus team kami di Foodipedia. Kami boleh bantu anda semak sama ada produk anda wajib atau tidak ada label pemakanan.
Jenis Roti (9)
- Roti
- Roti putih
- Roti buah
- Roti susu
- Roti mil
- Roti rai
- Roti germa gandum
- Roti mil penuh
- Roti diperkaya
Jenis Minuman (7)
- Bes minuman ringan
- Minuman ringan siap campur
- Campuran minuman botani
- Susu kacang soya
- Minuman kacang soya
- Minuman elektrolit isotonik
- Bes minuman elektrolit isotonik
Jenis Sirap (3)
- Sirap
- Sirap berperisa
- Kordial berperisa
Jenis Makanan Berkaling (5)
- Daging berkaling
- Daging berkaling bersama makanan lain
- Ikan berkaling
- Sayur berkaling
- Buah berkaling
Jenis Cecair Buah (12)
- Jus buah
- Jus epal
- Jus grapefruit
- Just lemon
- Jus oren
- Jus buah markisah
- Jus nenas
- Sirap buah
- Kordial buah
- Skuas buah
- Minuman jus buah
- Minuman buah
Jenis Susu (23)
- Susu skim
- Susu tanpa lemak
- Susu pisahan
- Susu pasteur
- Susu steril
- Susu UHT
- Susu berperisa
- Susu tepung penuh krim atau susu penuh krim kering.
- Pepejal susu tanpa lemak kering
- Susu tepung pisahan
- Susu tepung malt
- Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak
- Susu campuran semula
- Susu pekat
- Susu pekat tawar
- Susu pekat manis
- Susu hidrolisis laktosa
- Susu isian atau susu tepung isian
- Susu isian pekat
- Susu isian pekat tawar
- Susu isian pekat manis
- Susu kultur
- Susu fermentasi

Selain daripada itu, dibawah adalah senarai contoh makanan yang tidak memerlukan Panel Maklumat Pemakanan (PMP).
| Buah dan sayur segar Daging mentah dan unggas, ikan mentah dan makanan laut Makanan yang disediakan dan diproses dalam kedai (roti bakery, salads, etc) Makanan dengan nutrien yang sangat sedikit (kopi, teh, herba, rempah etc.) |
Dimana Nak Dapatkan Label Maklumat Pemakanan?
Mudah saja. Anda tak perlu pening kepala nak buat semua sendiri. Di Foodipedia, kami tawarkan pakej lengkap untuk anda yang nak.
- Ujian makmal maklumat pemakanan
- Maklumat nutrisi makanan yang sah dan diiktiraf
- Reka bentuk label makanan ikut standard
- Kod bar, info produk dan food marketing solution
- Templat label & eBook PERCUMA!
Kami dah bantu ramai usahawan makanan dari startup kecil sampailah ke pengeluar besar. Anda pun boleh!
Dapatkan Bantuan dari Foodipedia Hari Ini!
Kalau anda nak pasarkan produk makanan secara sah dan profesional, pastikan label anda lengkap dengan fakta nutrisi makanan yang betul.
Jangan tunggu sampai produk ditolak di pasaran atau tahan di kastam sebab maklumat label makanan tak lengkap.
Hubungi Foodipedia hari ini dan dapatkan pakej kami yang lengkap dan berpatutan untuk bantu anda urus pelabelan makanan, maklumat nutrisi, dan pemasaran makanan.
DISCLAIMER
This article is for informational and educational purposes only and does not constitute legal or professional advice. Although we strive to provide accurate general information, the information presented here is not a substitute for any kind of professional advice, and you should not rely solely on this information. Please opt for a one-to-one consultation with us or a relevant professional for your specific concerns regarding food business solutions in Malaysia before making any decisions.



