Foodipedia
MENUMENU
MENUMENU
  • About Us
  • Solutions
        • Branding
        • Labelling
        • Nutrition Analysis
        • Marketing Items
        • Digital Marketing
        • Trademark
  • Blog
  • Find Your Partner
  • FAQ
  • Contact Us

[TERBARU] Senarai Sijil Untuk Bisnes Makanan Sediaan di Rumah

terbaru-senarai-sijil-untuk-bisnes-makanan-sediaan-di-rumah

“Hi, saya peniaga makanan sediaan di rumah. Macam mana nak dapatkan logo Halal?”

Sudah tentu kami dapat soalan ini hampir setiap hari. Lagi-lagi semenjak kes Covid dah kurang dan semua orang lebih yakin untuk keluar ke tempat awam untuk jual beli.

Tapi tak semua orang mampu buka kedai sendiri. Penjual perlu hadap proses yang memenatkan jadi salah satu solusi terbaik adalah dengan perniagaan makanan di rumah atau home-based business.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang lesen dan pensijilan untuk perniagaan makanan sediaan di rumah, semuanya ada di sini.

Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah 2022

Sepanjang 2 tahun lebih, ramai rakyat kita kehilangan kerja tetap mereka akibat wabak Covid-19. Kebanyakan dari mereka telah menceburi industri perniagaan F&B.

at-home-food-business

Bruce Wong (dalam artikel) dan ramai lagi telah belajar sendiri untuk menjadi usahawan makanan termasuk yang tiada pengalaman langsung! Akibatnya, dengan peningkatan perniagaan makanan di rumah, pelanggan menanggung risiko jika penjual tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

Tahun lalu, hampir 100 orang mengalami keracunan makanan akibat makan puding buih yang dibuat dengan telur busuk dari penjual home-based di Terengganu!

“Kami meminta pihak kesihatan menyediakan SOP untuk peniaga makanan di rumah bagi membantu mereka menjana sedikit pendapatan, dan pada masa sama memastikan keselamatan makanan yang dijual,” – PBT Terengganu, perumahan, kesihatan dan pengerusi jawatankuasa alam sekitar Dr Alias ​​Razak.

Walaupun kebanyakan pengguna sedar tentang risiko seller makanan tidak berlesen, mereka masih membeli untuk support perniagaan tempatan dan ia jauh lebih murah berbanding tempat lain.

Jadi, jika anda tak nak ini berlaku kepada anda, ikuti panduan ini tentang pensijilan yang diperlukan oleh setiap perniagaan makanan sediaan di rumah.


Panduan KKM untuk Bisnes Makanan di Rumah

Disebabkan oleh peningkatan bilangan perniagaan makanan home-based, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan panduan berguna untuk semua pengendali makanan di rumah untuk mengamalkan pengendalian makanan yang selamat.

Keperluan Asas untuk Pengendali Makanan Di Rumah

  1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Food Safety Information of Malaysia (FoSIM)
  3. Suntikan vaksin anti-tifoid
    Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan oleh mana-mana Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang diluluskan KKM
    Amalkan nasihat keselamatan dan kesihatan makanan daripada KKM
    Menjalankan penilaian kendiri secara berkala yang dinasihatkan oleh KKM

terbaru-senarai-sijil-untuk-bisnes-makanan-sediaan-di-rumah

Pakaian semasa Mengendalikan Makanan di Rumah

Walaupun dari keselesaan rumah anda, semasa anda menyediakan makanan, anda mesti mengamalkan kebersihan yang baik, bermula dari pakaian anda di dapur.

  • Pakai pakaian yang bersih
    Gunakan penutup kepala yang bersih dan sesuai
    Pakai apron yang bersih dan berwarna cerah
    Basuh tangan anda sebelum, semasa, dan selepas mengendalikan makanan
    Bersihkan tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas
    Pastikan semua peralatan bersih

Penyimpanan Bahan Mentah

Pertama sekali, anda perlu asingkan semua bahan mentah khas untuk pelanggan anda daripada bahan mentah untuk kegunaan rumah anda. Amalkan meletakkan label pada setiap bahan mentah dengan jelas dan amalkan peraturan First In First Out.

Manakala, bagi bahan mentah penyimpanan sejuk, ikut garis panduan di bawah:

  • Pastikan terdapat ruang yang mencukupi atau dapatkan bahan mentah segar setiap hari.
    Sentiasa periksa suhu bahan. Buang atau masak segera bahan jika elektrik terputus
    Simpan bahan mentah dalam bekas yang berasingan untuk pengendalian mudah.
    Jangan penuhkan makanan beku terlalu banyak dalam peti sejuk/peti sejuk.

Pembungkusan Makanan untuk Perniagaan di Rumah

Semua jenis pembungkusan makanan mestilah selamat dan boleh tahan proses penghantaran sebaik sahaja makanan dimasak. Berikut adalah garis panduan yang ditetapkan oleh KKM untuk packaging makanan:

  • Bungkusan makanan mestilah tidak mudah koyak dan perlu menutup semua makanan.
    Surat khabar menyentuh makanan adalah DILARANG.
    Simpan semua bungkusan makanan yang bersih di kawasan selamat dari bahan mentah dan pencemaran.
    Jika menggunakan daun pisang, pastikan ia dibersihkan dengan betul sebelum digunakan.
    Simpan pembungkusan di kawasan yang cerah supaya mudah untuk mengesan sebarang kerosakan.
    Pakai sarung tangan pakai buang, penyepit atau peralatan yang bersih dan sesuai untuk letak makanan dalam bungkusan.
    JANGAN sentuh makanan yang disediakan dengan tangan.
    Bungkus makanan di kawasan yang sesuai, jangan sekali-kali di atas lantai.
    JANGAN tiup ke dalam bungkusan makanan.
    Asingkan bahan makanan utama anda daripada lauk jika dibungkus dalam bekas yang sama.
    Elakkan daripada menggunakan stapler untuk mengemaskan bungkusan.

Pelabelan Makanan untuk Makanan Berasaskan Rumah

Secara amnya, KKM menyatakan bahawa semua makanan mesti mengikuti piawaian Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Label Makanan Sedia untuk Dimakan

home-based-food-label

Label Makanan Yang Diproses

home-based-food-label-1

Senarai Semak Kendiri untuk Makanan Sediaan di Rumah

Walaupun pihak berkuasa tak akan memeriksa dapur anda, jadilah penjual yang bertanggungjawab untuk customer anda. KKM telah menyediakan senarai semak untuk membantu pengusaha makanan home-based menjaga keselamatan dan kesihatan makanan.

self-evaluation-form-for-home-based-food

Dapatkan butiran penuh syarat perniagaan makanan sediaan di rumah, pergi ke BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

Secara keseluruhan, jika anda ingin teruskan bisnes makanan dari rumah, panduan ini amat membantu untuk ada dapatkan logo makanan sediaan di rumah oleh KKM seperti di bawah.

home-based-food-logo

Ini adalah inisiatif KKM untuk seller makanan di rumah untuk paparkan logo ini pada packaging makanan mereka. Hasilnya, customer lebih yakin untuk membeli produk ini yang mengikut semua peraturan keselamatan dan kesihatan makanan oleh KKM.


Jadilah Penjual Makanan di Rumah yang Bertanggungjawab

Walaupun perniagaan makanan di rumah tidak layak mendapat pensijilan GMP, HACCP, Halal dan lain-lain yang memerlukan premis, penjual perlu memastikan masakan adalah selamat dan bersih.

Jadi, jika anda berfikir untuk berniaga dari rumah, pastikan anda mengikuti panduan ini untuk memastikan customer anda berpuas hati dan perniagaan anda selamat.

Nak tips perniagaan makanan lagi? Kami adalah agensi pemasaran makanan di Malaysia yang boleh membantu anda mencapai level perniagaan anda ke tahap maksimum!

Tips berguna: Senarai Lengkap Logo Pembungkusan Makanan di Malaysia

how-to-get-nutrition-facts-for-my-product-in-malaysia

Looking for a solution to grow your food business?

Let's talk!

food business food certification food labelling food labels food logo food packaging food product food product certification food safety home based food business

Post navigation

How to Register for a Trademark in Malaysia (Step by Step)
Healthier Choice Logo: What It Means and How to Apply

Search article


food-labelling-guide-banner

ebook

Recent Posts

  • The Importance of Accurate Nutritional Information on Food Labelling

  • What You Need For Your First Food Product Packaging

  • The Roles of Packaging Design in Branding Your Food Products

  • Why You Should Redesign Your Food Packaging

  • 5 Buttery Pineapple Tart Manufacturers in Malaysia

Connect with Businesses Like You

  • Producer of All-Season Buttery Pineapple Tarts

    Producer of All-Season Buttery Pineapple Tarts

  • Producer of Soy-based Butter by Soycrafts

    Producer of Soy-based Butter by Soycrafts

  • Crispy Shallots Chilli Oil Producer

    Crispy Shallots Chilli Oil Producer

  • Lick The Nuts Peanut Butter Supplier

    Lick The Nuts Peanut Butter Supplier

  • GutYourCha Kombucha Drinks

    GutYourCha Kombucha Drinks

Related Posts

The Importance of Accurate Nutritional Information on Food Labelling

The Importance of Accurate Nutritional Information on Food Labelling

Read more...
What You Need For Your First Food Product Packaging

What You Need For Your First Food Product Packaging

Read more...
The Roles of Packaging Design in Branding Your Food Products

The Roles of Packaging Design in Branding Your Food Products

Read more...

About Us

Foodipedia paves the way for food businesses to strategically elevate their market level.



Contact us

Join our Telegram channel

Want the latest & helpful info for F&B businesses?
Scan our QR code or click here

Label & Packaging

From labels, compliance to production partners, we’ll guide you to packaging perfection.

  • Packaging and Labeling
  • Food Production
  • Food Nutrition facts

Grow your Business

Level up your brand and product with our strategy for success.

  • Branding Strategy
  • Online Marketing
  • Costing & Pricing
Copyright @ 2022 Zaloha Sdn. Bhd. (1056224-M) | Privacy Policy | Terms of use | Terms & Conditions
Website design Malaysia by www.edesign.my
This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website. You may visit "Cookie Settings" for more controlled on consent.
Cookie SettingsOK
Manage consent

Privacy Overview

This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
Necessary
Always Enabled
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. These cookies ensure basic functionalities and security features of the website, anonymously.
CookieDurationDescription
cookielawinfo-checkbox-analytics11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Analytics".
cookielawinfo-checkbox-functional11 monthsThe cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Functional".
cookielawinfo-checkbox-necessary11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookies is used to store the user consent for the cookies in the category "Necessary".
cookielawinfo-checkbox-others11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Other.
cookielawinfo-checkbox-performance11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Performance".
viewed_cookie_policy11 monthsThe cookie is set by the GDPR Cookie Consent plugin and is used to store whether or not user has consented to the use of cookies. It does not store any personal data.
Functional
Functional cookies help to perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collect feedbacks, and other third-party features.
Performance
Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.
Analytics
Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.
Advertisement
Advertisement cookies are used to provide visitors with relevant ads and marketing campaigns. These cookies track visitors across websites and collect information to provide customized ads.
Others
Other uncategorized cookies are those that are being analyzed and have not been classified into a category as yet.
SAVE & ACCEPT