Foodipedia
MENUMENU
MENUMENU
  • About Us
  • Solutions
        • Branding
        • Labelling
        • Nutrition Analysis
        • Marketing Items
        • Digital Marketing
        • Trademark
  • Blog
  • Find Your Partner
  • FAQ
  • Contact Us

Senarai Lengkap Logo Pembungkusan Makanan di Malaysia

senarai-lengkap-logo-pembungkusan-makanan-di-malaysia

Logo Pembungkusan Makanan Diperakui

Kami telah membantu membangunkan perniagaan makanan selama bertahun-tahun dengan pengetahuan kami dalam bidang pembungkusan dan pelabelan makanan di Malaysia.

Pelanggan sekarang semakin sedar dan bijak tentang apa yang mereka makan. Oleh itu, pembungkusan makanan sekarang bukanlah tentang penampilan yang bagus sahaja tetapi ianya juga melibatkan proses penyediaan makanan.

Salah satu aspek penting dalam proses penyediaan makanan adalah logo pembungkusan makanan yang diperakui . Logo pembungkusan makanan membuktikan bahawa sesuatu makanan itu selamat untuk dimakan, terutamanya logo Halal.

Di Malaysia, anda perlu memberi perhatian khusus kepada logo pembungkusan makanan yang wajib untuk bungkusan produk makanan anda. Dengan adanya logo tersebut, produk anda akan kelihatan diiktiraf di mata pengguna.

Anda juga perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Peraturan-peraturan Makanan Malaysia 1985 untuk rekaan pembungkusan makanan dan segala maklumat yang ingin dipaparkan.

Berikut merupakan senarai logo pembungkusan makanan sah yang perlu ada jika anda ingin memasarkan produk makanan anda di Malaysia.

Logo Pembungkusan Makanan yang Anda Perlu Ada

  1. Buatan Malaysia / Made in Malaysia
  2. Halal JAKIM
  3. Good Manufacturing Practice (GMP) / Amalan Perkilangan Baik (APB)
  4. Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP)
  5. International Standards Organization (ISO)

Buatan Malaysia / Made in Malaysia

Logo buatan Malaysia penting dalam melambangkan tempat pembuatan produk dan juga untuk mengutamakan barang buatan Malaysia

Ianya adalah salah satu komponen yang diperkenalkan oleh industri makanan di Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli barang buatan tempatan.

Setiap barang buatan Malaysia, terutamanya produk makanan mempunyai logo Buatan Malaysia pada pembungkusan makanan mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan logo ini mestilah tertakluk kepada Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 [Akta 1975], “Bermaksud seseorang yang terlibat dalam sebarang aktiviti pengeluaran.”

Syarat-syarat permohonan:

  • Syarikat tersebut MESTILAH berdaftar di bawah SSM.
  • Mempunyai lesen pengoperasian yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.
  • Produk melibatkan proses pengeluaran.
  • Produk MESTILAH dihasilkan di Malaysia dan mengandungi 51% kandungan tempatan.

Anda juga boleh membuat permohonan dalam talian dan tiada kos tambahan akan dikenakan. Anda boleh rujuk laman web rasmi KPDNHEP untuk maklumat lanjut.

Laman web tersebut juga mempunyai arahan lebih lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk meletakkan logo Buatan Malaysia pada pembungkusan makanan anda.

Cadangan bacaan: Pricing and Costing Strategies for Packaged Food

Halal JAKIM

Malaysia adalah negara yang rakyatnya terdiri daripada 61.3% orang Islam, jadi mempunyai logo Halal pada pembungkusan makanan anda adalah satu keperluan.

Pensijilan Halal memberikan jaminan kepada semua pengguna Islam bahawa sesuatu produk makanan itu diproses mengikut undang-undang syariah.

Bagi yang bukan Islam, produk Halal dikira sebagai produk yang berkualiti. Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) sangat menggalakkan semua pemohon pensijilan Halal untuk mematuhi syarat GMP dan HACCP.

Produk yang disahkan Halal oleh JAKIM adalah produk yang selamat dimakan atau diguna.

Selain itu, Malaysia juga merupakan satu-satunya negara dimana kerajaannya memberikan sokongan penuh dalam mempromosikan proses Pensijilan Halal bagi semua produk dan perkhidmatan.

Jika anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang ingin anda keluarkan di pasaran tidak lama lagi tapi belum memohan sijil Halal, anda boleh membuat permohonan melalui www.halal.gov.my dan menghantar semua borang berkaitan kepada Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Caj perkhidmatan yang dikenakan selalunya bergantung kepada kategori industri, kategori premis makanan, dan kategori rumah sembelih anda. Jadi, berdasarkan kepada pendapatan tahunan anda, caj yang dikenakan adalah antara RM100-RM300.

Sebagai persiapan, anda boleh rujuk skim Pensijilan Halal Malaysia seperti di bawah:

  • Produk makanan / Minuman / Makanan Tambahan
  • Premis Makanan
  • Barangan Pengguna
  • Rumah Sembelih
  • Logistik

Apakah prosedur untuk memohon sijil Halal daripada Jakim?

  1. Daftar Halal dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Mempunyai lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)
  3. Beroperasi sepenuhnya sebelum permohonan dibuat
  4. Menghasilkan dan/atau mengendalikan produk halal sahaja dan mematuhi piawaian Halal yang ditetapkan
  5. Sumber bahan yang digunakan adalah halal dan dari pembekal yang membekalkan bahan yang halal
  6. Wajib menghasilkan produk yang halal sahaja
  7. Produk mestilah mengunakan nama yang berlainan daripada produk yang bukan halal

Anda juga boleh membaca maklumat lebih lanjut di Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Good Manufacturing Practice (GMP) / Amalan Perkilangan Baik (APB)

Apakah yang dimaksudkan dengan GMP / APB ?

GMP atau dalam istilah bahasa Malaysia, Amalan Perkilangan Baik (APB), ialah garis panduan yang dikuatkuasakan dari awal proses pembuatan sehinggalah sebelum produk itu sampai kepada pengguna. Objektif utama logo pembungkusan makanan GMP adalah untuk menghasilkan produk yang sempurna, berkualiti, dan mempunyai standard kebersihan yang tinggi.

Oleh itu, standard pengeluaran yang tinggi telah ditetapkan terutamanya bagi produk yang mempunyai kesan langsung terhadap kesihatan manusia seperti makanan, farmasi, ubat-ubatan, peralatan perubatan dan sebagainya.

Anda juga perlu tahu bahawa aplikasi GMP adalah sebahagian daripada rubrik utama untuk perkilangan dan pengedaran produk makanan. Anda haruslah mematuhi prosedur yang ditetapkan mengikut peringkat –  bahan mentah, pemprosesan, pembuatan produk, perkilangan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran.

GMP adalah salah satu program pra-syarat atau pre-requisite programmes (PRP) yang anda perlu ada sebelum Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) dapat dilaksanakan. Jika anda mempunyai akreditasi GMP, proses mendapatkan akreditasi HACCP akan menjadi lebih mudah.

Garis panduan GMP termasuklah:

  • Penyimpanan rekod
  • Kelayakan kakitangan
  • Sanitasi
  • Kebersihan
  • Pengesahan peralatan
  • Pengesahan proses
  • Pengendalian aduan
  • Jaminan kualiti dan kawalan kualiti
  • Penarikan semula komoditi
  • Audit kawalan dalaman
  • Kemudahan
  • Fasiliti
  • Dokumentasi

Mengapa mohon GMP?

Pensijilan GMP menunjukkan bahawa sesuatu produk makanan itu dihasilkan melalui kaedah yang berkesan, bermanfaat dan berkualiti. Melalui logo pembungkusan makanan ini, tahap kebolehpercayaan terhadap perniagaan makanan anda akan meningkat. Oleh itu, dengan adanya Sijil GMP, ianya boleh membantu jenama anda kelihatan lebih menonjol daripada yang lain.

Kos Pensijilan GMP

Kos pensijilan bergantung kepada saiz perniagaan anda:

Kos     Industri Besar          SME               MIKRO     
Pemprosesan RM – RM – RM –
Permohonan Baru RM 4,700 RM 3,500 RM 2,300
Pembaharuan Permohonan RM 3,500 RM 2,600 RM 1,800
Pengawasan RM 800 RM 800 RM 800

Sumber: Federation of Malaysian Manufacturers

Saiz perniagaan ditentukan seperti di bawah:

Industri besar – Mempunyai lebih daripada 150 pekerja sepenuh masa dengan pendapatan tahunan RM25 juta dan lebih.

SME – Mempunyai kurang daripada 150 pekerja sepenuh masa dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM25 juta.

Mikro – Mempunyai kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM250,000.

Sumber: Federation of Malaysian Manufacturers

HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points)

Ianya sukar untuk mendapatkan logo ini pada pembungkusan produk anda, namun, jika berjaya diperoleh, anda berpotensi untuk mengeksport produk anda

Apakah itu HACCP di Malaysia?

HACCP ialah sistem kesalamatan makanan yang menetapkan standard kebersihan yang diperlukan bagi proses pembuatan produk makanan yang sihat. Selain itu, sistem ini juga menyentuh tentang faktor-faktor yang boleh membahayakan kesihatan pelanggan dan berfokus untuk mengurangkan risiko tersebut.

HACCP menggunakan sumber yang efektif untuk membolehkan mereka bertindak pantas terhadap segala masalah keselamatan makanan. Dengan adanya sistem HACCP, ia membantu dalam pengurusan risiko oleh pihak berkuasa pengawalan makanan.

Bagi sektor makanan siap-sedia (Ready-made)/sedia-untuk-dimakan (Ready-to-eat), HACCP adalah sangat penting. Untuk makanan yang disimpan secara bebas-oksigen seperti vakum, ianya bertujuan untuk mengelakkan daripada kehadiran bakteria. Walau bagaimanapun, bakteria masih boleh tumbuh dan hadir dalam vakum jika tidak dilakukan dengan betul.

Oleh itu, peraturan HACCP adalah sangat ketat bagi mengelakkan masalah-masalah ini daripada berlaku. Jadi, dengan mempunyai logo HACCP pada pembungkusan produk makanan anda, ia akan dapat membina kepercayaan pelanggan anda.

HACCP diaplikasikan terhadap:

  • Perancangan
  • Pemprosesan
  • Penghasilan
  • Pembungkusan
  • Penyimpanan
  • Pengangkutan
  • Penghantaran
  • Penawaran untuk dijual

Pra-syarat

  • Keadaan bangunan dan persekitaran
  • Spesifikasi peralatan untuk fasiliti
  • Bahan mentah
  • Rawatan dan sanitasi
  • Kawalan bahan mentah
  • Perlindungan simpanan sejuk
  • Kebersihan dan latihan pekerja
  • Status kesihatan pekerja
  • Pengurusan sisa makanan
  • Sistem kawalan perosak
  • Piawaian saliran dan air

Berapakah kos untuk momohon Pensijilan HACCP?

Pensijilan HACCP adalah untuk industri besar dan SME sahaja. Bayaran dan kos semasa adalah seperti di bawah:

Bayaran Permohonan Baru: Industri Besar, RM5400; SME, RM4000

Bayaran Pembaharuan Permohonan: Industri Besar, RM4000; SME, RM3000

Bayaran Pengawasan: All, RM900

Sumber: Federation of Malaysian Manufacturers

Pensijilan ISO (International Standards Organization)

Apakah itu Pensijilan ISO?

The ISO ialah piawaian antarabangsa sukarela yang menyediakan spesifikasi tertentu bagi produk, perkhidmatan dan sistem pengurusan untuk perdagangan antarabangsa. Permohonan ini biasanya dibuat melalui agensi ISO untuk panduan yang lebih menyeluruh dan dokumentasi yang betul dan tepat.

Sama seperti HACCP, ianya sukar untuk diperolehi, tetapi jika berjaya diperolehi, ianya dapat memberi faedah yang besar terhadap perniagaan anda.

Berdasarkan tinjaun yang dibuat pada tahun 2011, sebanyak 10,757 syarikat mendapat pengiktirafan ISO 9001, untuk Sistem Kualiti Pengurusan, ianya merupakan peningkatan sebanyak 25% berbanding tahun 2010. Terdapat juga peningkatan sebanyak 16% bagi syarikat yang mendapat pengiktirafan ISO 14001, Sistem Pengurusan Alam Sekitar pada tahun 2010.

10 Langkah untuk mendapat Pensijilan ISO

  1. Pilih sistem pengurusan yang ingin diiktiraf
  2. Tentukan skop pensijilan
  3. Lantik Wakil Pengurusan Kualiti (QMR)
  4. Latih pekerja semasa atau lantik perunding sistem pengurusan yang berpengalaman
  5. Jalankan komunikasi dan latihan
  6. Pilih badan pensijilan yang akan digunakana
  7. Berikan maklumat untuk permohonan pensijilan
  8. Teruskan dengan pensijilan jika tiada isu kualiti
  9. Melaksanakan audit luaran secara tahuan
  10. Audit pensijilan semula setelah tamat tempoh

Kembangkan perniagaan makanan anda dengan logo pembungkusan makanan yang betul

Logo pembungkusan makanan yang berbeza mempunyai fungsi dan impak yang berbeza terhadap pengguna. Oleh itu, sebelum memohon untuk mana-mana sijil, anda hendaklah mengenal pasti tahap perniagaan makanan anda. Kemudian, ketahui sijil mana yang akan bantu membawa perniagaan makanan anda ke tahap seterusnya.

Perniagaan makanan adalah lebih baik diperkembangkan melalui logo pembungkusan makanan yang menyumbang terus kepada pendapatan

Sekiranya anda memerlukan pertolongan lanjut mengenai siji-sijil ini ataupun untuk mencipta pembungkusan makanan, anda boleh menghubungi perunding kami hari ini!

HUBUNGI KAMI SEKARANG

how-to-get-nutrition-facts-for-my-product-in-malaysia

Looking for a solution to grow your food business?

Let's talk!

food business food labelling food packaging food packaging logo labelling requirements logo pembungkusan makanan packaging pembungkusan pembungkusan makanan perniagaan makanan

Share:

Post navigation

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Pemakanan Bagi Produk Anda di Malaysia
False Nutrition Labelling and Claims: How to Protect Your Consumer Rights

Search article


ebook

Recent Posts

  • Food Labelling in Malaysia – Common Mistakes to Avoid

  • How to Start a Home-Based Food Business

  • 5 Useful Tips to Boost Your Food Product Packaging Design

  • How to Get the GMP Logo for Food Products

  • Healthier Choice Logo: What It Means and How to Apply

Connect with Businesses Like You

  • Crispy Shallots Chilli Oil Producer

    Crispy Shallots Chilli Oil Producer

  • Lick The Nuts Peanut Butter Supplier

    Lick The Nuts Peanut Butter Supplier

  • GutYourCha Kombucha Drinks

    GutYourCha Kombucha Drinks

  • Maxhouse 3in1 White Coffee

    Maxhouse 3in1 White Coffee

  • Yein Pretty Mama Hub Powder Producer

    Yein Pretty Mama Hub Powder Producer

food-labelling-guide-banner

Related Posts

Crispy Shallots Chilli Oil Producer

Read more...
Food Labelling in Malaysia – Common Mistakes to Avoid

Food Labelling in Malaysia – Common Mistakes to Avoid

Read more...
how-to-start-a-home-based-food-business

How to Start a Home-Based Food Business

Read more...

About Us

Foodipedia paves the way for food businesses to strategically elevate their market level.



Contact us

Start from Sketch

The hassle-free helping hand to kickstart your business adventure.

  • Market Research
  • Food Business Licensing

Label & Packaging

From labels, compliance to production partners, we’ll guide you to packaging perfection.

  • Packaging and Labeling
  • Food Production
  • Food Nutrition facts

Grow your Business

Level up your brand and product with our strategy for success.

  • Branding Strategy
  • Online Marketing
  • Costing & Pricing
Copyright @ 2022 Zaloha Sdn. Bhd. (1056224-M) | Privacy Policy | Terms of use | Terms & Conditions
Website design Malaysia by www.edesign.my
This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website. You may visit "Cookie Settings" for more controlled on consent.
Cookie SettingsOK
Manage consent

Privacy Overview

This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
Necessary
Always Enabled
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. These cookies ensure basic functionalities and security features of the website, anonymously.
CookieDurationDescription
cookielawinfo-checkbox-analytics11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Analytics".
cookielawinfo-checkbox-functional11 monthsThe cookie is set by GDPR cookie consent to record the user consent for the cookies in the category "Functional".
cookielawinfo-checkbox-necessary11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookies is used to store the user consent for the cookies in the category "Necessary".
cookielawinfo-checkbox-others11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Other.
cookielawinfo-checkbox-performance11 monthsThis cookie is set by GDPR Cookie Consent plugin. The cookie is used to store the user consent for the cookies in the category "Performance".
viewed_cookie_policy11 monthsThe cookie is set by the GDPR Cookie Consent plugin and is used to store whether or not user has consented to the use of cookies. It does not store any personal data.
Functional
Functional cookies help to perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collect feedbacks, and other third-party features.
Performance
Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.
Analytics
Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.
Advertisement
Advertisement cookies are used to provide visitors with relevant ads and marketing campaigns. These cookies track visitors across websites and collect information to provide customized ads.
Others
Other uncategorized cookies are those that are being analyzed and have not been classified into a category as yet.
SAVE & ACCEPT