peraturan-label-maklumat-pemakanan-baharu

Peraturan label maklumat pemakanan baharu akan berkuatkuasa pada 2022

Tahukah anda kerajaan Malaysia telah membuat pindaan pada peraturan label maklumat pemakanan bagi kandungan natrium dan gula?

Peraturan label maklumat pemakanan Malaysia baharu itu akan berkuatkuasa pada Julai tahun hadapan.

Oleh itu, pengusaha industri makanan perlulah mengambil tahu tentang perubahan ini dan mengubah label produk mereka sebelum Julai tahun hadapan.


Adakah Produk Anda Memerlukan Label Maklumat Pemakanan?

Sebelum itu, anda perlu tahu tak semua produk makanan memerlukan label maklumat pemakanan.

Untuk memastikan sama ada produk anda perlukan label maklumat pemakanan atau tidak, anda boleh rujuk pada senarai jenis makanan di bawah:

Jenis Roti (9)

  • Roti
  • Roti putih
  • Roti buah
  • Roti susu
  • Roti mil
  • Roti rai
  • Roti germa gandum
  • Roti mil penuh
  • Roti diperkaya

Jenis Sirap (3)

  • Sirap
    Sirap berperisa
    Kordial berperisa

Jenis Cecair Buah (12)

  • Jus buah
  • Jus epal
  • Jus grapefruit
  • Just lemon
  • Jus oren
  • Jus buah markisah
  • Jus nenas
  • Sirap buah
  • Kordial buah
  • Skuas buah
  • Minuman jus buah
  • Minuman buah

Jenis Minuman (7)

  • Bes minuman ringan
  • Minuman ringan siap campur
  • Campuran minuman botani
  • Susu kacang soya
  • Minuman kacang soya
  • Minuman elektrolit isotonik
  • Bes minuman elektrolit isotonik

Jenis Makanan Berkaling (5)

  • Daging berkaling
  • Daging berkaling bersama makanan lain
  • Ikan berkaling
  • Sayur berkaling
  • Buah berkaling

Jenis Susu (23)

  • Susu skim
  • Susu tanpa lemak
  • Susu pisahan
  • Susu pasteur
  • Susu steril
  • Susu UHT
  • Susu berperisa
  • Susu tepung penuh krim atau susu penuh krim kering.
  • Pepejal susu tanpa lemak kering
  • Susu tepung pisahan
  • Susu tepung malt
  • Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak
  • Susu campuran semula
  • Susu pekat
  • Susu pekat tawar
  • Susu pekat manis
  • Susu hidrolisis laktosa
  • Susu isian atau susu tepung isian
  • Susu isian pekat
  • Susu isian pekat tawar
  • Susu isian pekat manis
  • Susu kultur
  • Susu fermentasi

peraturan-label-maklumat-pemakanan-baharu

Peraturan Label Maklumat Pemakanan Malaysia Baharu

Untuk pengetahuan anda, peraturan yang dipinda adalah Peraturan 18B, Peraturan-peraturan Makanan 1985. Bagi memudahkan anda, kami akan jelaskan satu persatu tentang perubahan yang dibuat.

Kandungan Natrium

Peraturan label maklumat pemakanan baharu akan mewajibkan pelabelan kandungan natrium pada pembungkus makanan.

Sebab utama pindaan ini dilakukan adalah untuk menggalakkan orang awam mengurangkan pengambilan garam atau natrium. Selain itu, strategi baharu ini juga akan menggalakkan orang awam membuat pilihan yang lebih sihat dengan mengetahui kandungan natrium dalam makanan mereka.

Pindaan yang dibuat adalah seperti berikut:

“(c) jumlah natrium yang dinyatakan dalam miligram bagi setiap 100 g atau bagi setiap 100 ml atau bagi setiap bungkusan jika bungkusan itu mengandungi hanya satu bahagian dan bagi setiap hidangan sebagaimana yang dinyatakan pada label.”;

Sumber dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (Tahun 2020):
Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (No.4) 2020

Kandungan Gula

Tambahan pula, terdapat juga perubahan pada pelabelan kandungan gula pada pembungkus makanan.

Sebelum ini, kandungan gula (monosakarida dan disakarida) perlulah dilabel untuk minuman sedia untuk diminum sama ada secara asli atau ditambah.

Walau bagaimanapun, pindaan baharu ini akan mewajibkan pelabelan kandungan gula untuk semua produk makanan yang diwajibkan mempunyai label maklumat pemakanan.

Dalam kes ini, peraturan lama akan digantikan dengan peraturan baharu seperti dalam jadual di bawah:

Peraturan Lama

Peraturan Baru

(b) jumlah protein, karbohidrat yang sedia ada (iaitu karbohidrat yang tidak termasuk serabut diet) dan lemak, dinyatakan dalam g bagi setiap 100g atau bagi setiap bungkusan jika bungkusan itu mengandungi hanya satu bahagian dan bagi setiap satu hidangan sebagaimana yang dinyatakan kuantitinya pada label (b) jumlah protein, karbohidrat yang sedia ada (karbohidrat yang tidak termasuk serabut diet), jumlah gula dan lemak, dinyatakan dalam g bagi setiap 100 g atau bagi setiap 100 ml atau bagi setiap bungkusan itu mengandungi hanya satu bahagian dan bagi setiap satu hidangan sebagaimana yang dinyatakan pada label

Pindaan Label Maklumat Pemakanan Malaysia Baharu (Berkuatkuasa 2022)

Kami Boleh Bantu Anda Cipta Label Maklumat Pemakanan

Sekarang anda sudah tahu tentang peraturan baharu label maklumat pemakanan, anda mesti terfikir bagaimana nak cipta label maklumat pemakanan untuk produk anda?

Anda bertuah kerana anda telah datang ke laman yang betul. Kami boleh membantu anda untuk mencipta label maklumat pemakanan bagi produk anda pada harga yang berpatutan.

Selain daripada itu, Foodipedia menawarkan perkhidmatan pembungkusan dan pelabelan yang menyeluruh. Anda juga akan mendapat ujian makmal, maklumat produk, kod bar unik, dan pemasaran digital produk anda di laman web kami.

Tambahan pula, dengan servis kami, anda akan mendapat pelbagai faedah percuma seperti e-book dan templat yang boleh diedit.  Jadi apa tunggu lagi? Hubungi kami sekarang!

Bacaan seterusnya: Licenses and Permits You Need to Open A Grocery Shop in Malaysia

    how-to-get-nutrition-facts-for-my-product-in-malaysia

    Looking for a solution to grow your food business?

    Let's talk!


    DISCLAIMER

    This article is for informational and educational purposes only and does not constitute legal or professional advice. Although we strive to provide accurate general information, the information presented here is not a substitute for any kind of professional advice, and you should not rely solely on this information. Please opt for a one-to-one consultation with us or a relevant professional for your specific concerns regarding food business solutions in Malaysia before making any decisions.

    Reviews from Our Clients