[Lulus KKM] Cara Jual Makanan Buatan Sendiri di Malaysia (2024)

Bisnes makanan merupakan antara jenis perniagaan yang paling menguntungkan di Malaysia.

Sebab itulah ramai orang mula menjual makanan buatan sendiri atau makanan homemade sekarang.

Walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, menjual makanan buatan sendiri adalah perniagaan yang berpotensi tinggi untuk berjaya.

Jadi jika anda sedang mempertimbangkan untuk memulakan bisnes makanan buatan sendiri, ambil perhatian dengan tip-tip ini…kami juga pastikan ia mematuhi peraturan KKM!


Panduan Menjual Makanan Buatan Sendiri di Malaysia

Makanan apa yang anda nak jual?

Pertama sekali, buat keputusan tentang apa yang anda ingin jual.

Patutkah anda menjual makanan yang mendatangkan keuntungan paling tinggi atau makanan yang anda paling mahir masak?

Jika anda yakin dengan resipi tertentu, anda patut cuba menjualnya dalam kalangan kenalan anda dan dapatkan maklum balas mereka.

Kemudian, anda boleh ubah resipi mengikut kesesuaian sebelum mencuba pasaran yang lebih besar.

Satu lagi tip adalah untuk bermula secara kecil-kecilan.

Jangan cuba menjual pelbagai produk pada masa yang sama.

Sempurnakan satu produk pada satu masa sebelum anda mencuba resipi lain.

[Lulus KKM] Cara Jual Makanan Buatan Sendiri di Malaysia (2024)

Rancang Terlebih Dahulu!

Walaupun anda berniaga makanan dari rumah, jangan terlalu selesa.

Apabila anda memulakan perniagaan makanan buatan sendiri, perancangan yang teliti amatlah penting.

Berikut adalah antara perkara yang perlu anda ketahui:

  • Kos bahan mentah
  • Kebersihan dan sanitasi
  • Kakitangan dan ruang kerja
  • Kos operasi
  • Pendaftaran perniagaan

Ini hanyalah sebahagian kecil daripada cabaran yang bakal dihadapi.

Terdapat banyak seminar perniagaan untuk syarikat pemula (startup) di Malaysia yang boleh anda sertai bagi memastikan anda berada di landasan yang betul.

Pastikan ruang kerja sentiasa kemas dan teratur.

Penyediaan makanan untuk pelanggan berbeza daripada memasak untuk keluarga sendiri.

Ia sememangnya bukan sesuatu yang mudah!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai peraturan yang ketat terhadap perniagaan makanan dari rumah.

Adalah disyorkan supaya anda mempunyai ruang yang berasingan daripada dapur kediaman anda sendiri.

Memandangkan tidak ramai yang mampu berbuat demikian, KKM telah menyediakan senarai semak untuk membantu pengusaha makanan di rumah memastikan ruang kerja mereka bersih dan berada dalam keadaan terbaik.

Senarai ini merangkumi:

  • Penyimpanan produk sejuk beku
    Penyimpanan bahan mentah
    Perkakas dan peralatan dapur
    Pakaian yang bersih
    Bahan dan stesen pembungkusan

Kawal perbelanjaan anda dengan berhemat

Beralih kepada isu yang sangat penting dalam perniagaan… kewangan. Apabila memulakan perniagaan, sejumlah modal adalah diperlukan.

Lazimnya, seseorang individu akan menggunakan simpanan mereka atau memohon pinjaman daripada institusi kewangan yang berlesen.

Walau bagaimanapun, adalah mudah untuk terbawa-bawa, jadi pastikan anda menetapkan belanjawan anda dengan berhemat.

Anda boleh menangguhkan sebarang perbelanjaan yang tidak penting pada peringkat selanjutnya apabila bisnes makanan anda sudah mendapat keuntungan.

[Lulus KKM] Cara Jual Makanan Buatan Sendiri di Malaysia (2024)

Dapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang makanan buatan sendiri

Untuk perkara yang kurang anda tahu, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat atau pandangan daripada mereka yang pakar agar anda berada di landasan yang betul.

Nasihat ini boleh datang daripada rakan yang berpengalaman, saudara mara yang telah berdekad-dekad dalam industri makanan, atau agensi pemasaran F&B yang dipercayai jika anda mempunyai bajet lebih.

Jika anda merasakan diri berkemampuan untuk mengendalikannya secara bersendirian, fikir semula.

Perniagaan yang berjaya bergantung pada jaringan hubungan yang baik kerana anda mungkin dapat menimba ilmu yang baharu serta tip yang amat berguna.

Promosikan perniagaan makanan buatan sendiri anda

Jangan sekadar menunggu pelanggan datang kepada anda. ‘Keluarlah’ ke dunia online dan promosikan perniagaan anda!

Mintalah bantuan rakan-rakan dan keluarga untuk mempromosikan perniagaan dengan memuat naik maklum balas mereka yang jujur dan positif.

Kemudian, mulakan memvisualisasikan jenama anda dengan memaparkan produk anda di media sosial serta mewujudkan imej jenama yang konsisten.

Ketahui bagaimana seorang usahawan makanan di Malaysia berjaya menjual 10,000 unit dalam masa kurang dari satu jam!


Bina Perniagaan Makanan Buatan Sendiri yang Berjaya pada Tahun 2024

Sekiranya anda sudah memiliki perniagaan makanan berasaskan rumah, sila kunjungi [Baru] Senarai Persijilan untuk Perniagaan Makanan Berasaskan Rumah di Malaysia.

Perlukan lebih banyak tip perniagaan makanan? Kami adalah agensi pemasaran makanan di Malaysia yang bersedia membantu anda mencapai tahap perniagaan terbaik!

    how-to-get-nutrition-facts-for-my-product-in-malaysia

    Looking for a solution to grow your food business?

    Let's talk!


    DISCLAIMER

    This article is for informational and educational purposes only and does not constitute legal or professional advice. Although we strive to provide accurate general information, the information presented here is not a substitute for any kind of professional advice, and you should not rely solely on this information. Please opt for a one-to-one consultation with us or a relevant professional for your specific concerns regarding food business solutions in Malaysia before making any decisions.

    Reviews from Our Clients