Panduan Label Makanan Mengikut Peraturan Pelabelan Makanan 1985

Label makanan bukan sekadar tampal nama produk pada bungkusan makanan.

Ia adalah keperluan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ramai usahawan baru fokus pada rasa dan packaging makanan.
Tapi bila nak masuk retail, barulah sedar label tak ikut garis panduan pelabelan makanan.

Akibatnya?

  • Produk ditarik balik
  • Perlu buat permohonan semakan pelabelan KKM
  • Susah untuk jual di kedai
  • Perlu design semula pembungkusan produk makanan

Kalau anda nak jual produk secara sah di Malaysia, panduan ini akan bantu anda faham asas pelabelan makanan dengan mudah.


Apakah Itu Peraturan Pelabelan Makanan 1985?

Peraturan ini berada di bawah Akta Makanan 1983 dan mengawal semua label produk makanan yang dijual di Malaysia.

Ia menetapkan:

  • Apa yang wajib ada pada label pembungkusan makanan
  • Format dan susunan maklumat
  • Bahasa yang perlu digunakan
  • Maklumat pemakanan yang diperlukan

Tak kira anda jual sambal, kek, minuman, makanan sejuk beku atau produk OEM, semua perlu patuh.


Apa Yang Wajib Ada Pada Label Makanan?

Ini bahagian paling penting dalam pelabelan makanan.
Jika salah satu tiada atau tak ikut format, produk anda boleh dianggap tidak patuh.

Berikut adalah perkara asas yang WAJIB ada pada label produk makanan di Malaysia.

1. Bahasa Pada Label

Bahasa Melayu adalah wajib.

Bahasa lain seperti English, Mandarin atau Tamil boleh ditambah.
Tetapi maklumat asas mesti dalam BM dan mudah difahami.

2. Nama Sebenar Produk

Nama mesti jelas dan menggambarkan sifat sebenar makanan.

Contoh:

  • “Minuman Berperisa Oren” jika tiada jus sebenar
  • “Sos Cili” bukan sekadar “Sos”

Elakkan nama yang mengelirukan pengguna.

3. Gambar Produk

Gambar mesti tepat dan tidak mengelirukan. Ilustrasi mesti selari dengan kandungan sebenar.

Jika produk hanya berperisa strawberi, jangan letak gambar strawberi segar yang berlebihan sehingga memberi gambaran salah.

Panduan Label Makanan Mengikut Peraturan Pelabelan Makanan 1985

4. Senarai Ramuan

Semua bahan perlu disenaraikan dalam turutan berat menurun.

Gunakan nama bahan yang betul dan spesifik.
Jika tonjolkan sesuatu bahan pada bahagian depan label, peratusan perlu dinyatakan.

5. Maklumat Pemakanan

Maklumat pemakanan perlu ikut format yang ditetapkan oleh KKM.

Ia wajib merangkumi nutrien di bawah dengan turutan berikut:

  • Tenaga
  • Karbohidrat
  • Jumlah Gula
  • Protein
  • Lemak
  • Natrium

Susunan, unit dan layout tak boleh diubah sesuka hati.

6. Format Yang Betul

Format adalah antara kesalahan paling kerap berlaku.

Perlu beri perhatian pada:

  • Berat Bersih atau Isipadu Bersih
  • Tarikh Luput atau “Best Before”
  • Saiz tulisan yang seragam
  • Nama sebenar produk

Maklumat ini mesti jelas, konsisten dan mudah dibaca.

7. Nama & Alamat Pengilang

Wajib ada nama syarikat dan alamat lengkap pengilang.

Jika produk OEM, maklumat pengilang sebenar tetap perlu dinyatakan.

Ini adalah keperluan asas di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


Apakah Kesalahan Biasa Dalam Pelabelan Makanan?

Ramai peniaga kecil buat kesilapan yang sama.

Antara kesilapan label yang paling biasa:

  • Nama produk tidak tepat
  • Senarai ramuan tidak lengkap
  • Maklumat pemakanan salah format
  • Tiada alamat penuh pengilang
  • Guna tuntutan seperti “baik untuk kesihatan” tanpa bukti
  • Design terlalu padat hingga maklumat tak jelas

Masalah ini boleh menyebabkan produk disita atau diberi notis pembetulan.

Panduan Label Makanan Mengikut Peraturan Pelabelan Makanan 1985


Bagaimana Nak Pastikan Label Produk Makanan Anda Patuh?

Sebelum cetak ribuan unit pembungkusan produk makanan, buat semakan dulu.

Langkah bijak 

  1. Rujuk garis panduan pelabelan makanan KKM
  2. Pastikan semua maklumat wajib ada
  3. Semak semula format maklumat pemakanan
  4. Elakkan tuntutan melampau
  5. Dapatkan khidmat semakan profesional

 

Ramai usahawan hanya sedar kesilapan selepas produk masuk pasaran.

Kos redesign dan reprint jauh lebih mahal daripada kos semakan awal.


Dapatkan Khidmat Semakan Label daripada Pakar


How to Make Sure Your Label is Safe for Import

Jika anda serius nak masuk retail, AEON, Lotus’s, Mydin atau pasar raya besar lain, jawapannya ya.

Retailer biasanya akan semak label pembungkusan makanan sebelum listing.

Label yang tak patuh boleh jejaskan imej jenama anda.

Kami di Foodipedia boleh membantu usahawan dengan:

  • Semakan penuh label makanan
  • Penambahbaikan maklumat pemakanan
  • Nasihat tuntutan produk
  • Penyusunan semula layout ikut peraturan
  • Permohonan rasmi semakan pelabelan BKKM

Sebelum anda cetak dan edar produk, pastikan label makanan anda benar-benar ikut Peraturan 1985.

Patuh awal. Elak risiko. Jual dengan tenang.

    how-to-get-nutrition-facts-for-my-product-in-malaysia

    Looking for a solution to grow your food business?

    Let's talk!

    Baca Seterusnya: End-to-End Compliant Label Development Services


    DISCLAIMER

    This article is for informational and educational purposes only and does not constitute legal or professional advice. Although we strive to provide accurate general information, the information presented here is not a substitute for any kind of professional advice, and you should not rely solely on this information. Please opt for a one-to-one consultation with us or a relevant professional for your specific concerns regarding food business solutions in Malaysia before making any decisions.

    Our Valued Clients


    We’re proud to have earned the trust of leading businesses across diverse industries.

    Reviews from Our Clients